TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

 

  • Pengerusi

 

  • Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

 

  • Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang

diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

 

  • Memastikan semua aktiviti & urusan Kadet Bomba berjalan dengan lancar.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa

ke semasa.

 

  • Naib Pengerusi

 

  • Membantu pengerusi  menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dalam badan kokurikulum.

 

  • Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

Naib Pengerusi Tingkatan 6

 

  • Bekerjasama dengan pengerusi dan naib pengerusi untuk menjayakan segala aktiviti yang dijalankan.

 

  • Khas untuk menguruskan isu atau masalah ahli Tingkatan Enam dalam aktiviti/perjumpaan yang dijalankan.

 

  • Bertanggungjawab mencatatkan kehadiran, pengutipan yuran, pengiraan markah kehadiran dan markah kokurikulum.

 

  • Sebagai ketua dalam sesi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Enam Rendah.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

7.4 Setiausaha

 

  • Bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal surat menyurat.

 

  • Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat.

 

  • Sediakan laporan aktiviti/pertandingan kokurikulum untuk dokumentasi LPPSK.

 

  • Mengambil gambar dalam perjumpaan/aktiviti untuk tujuan laporan LPPSK

 

  • Mencatatkan kehadiran ahli dan mengisi kad kokurikulum ahli.

 

  • Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan badan kokurikulum.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

Penolong Setiausaha

 

  • Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan

 

  • Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

 

  • Buat tempahan bilik/tempat, ambil kunci sebelum aktiviti/perjumpaan dan  pulangkan kunci selepas aktiviti dijalankan pada hari yang sama.

 

  • Isi maklumat tentang tarikh dan tempat perjumpaan/aktiviti di kaunter PKK sekurang-kurangnya tiga hari sebelum perjumpaan/aktiviti dijalankan.

 

  • Mencatatkan kehadiran ahli dan mengisi kad kokurikulum ahli.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

Bendahari

 

  • Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan badan kokurikulum.

 

  • Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

 

  • Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta

 

  • Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

 

  • Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

Penolong Bendahari

 

  • Bertanggungjawab ke atas urusan pengutipan wang.

 

  • Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

       Ketua Disiplin

 

  • Menjaga disiplin ahli semasa perjumpaan/aktiviti dijalankan.

 

  • Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin badan kokurikulum kepada ahli-ahli.

 

  • Membuat catatan dan melaporkan kes-kes disiplin ahli seperti balik awal, melanggar peraturan pakaian badan kokurikulum dan sebagainya kepada guru penasihat.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

 

        Ketua Kebersihan

 

  • Mengawasi kebersihan dan kecerian tempat perjumpaan/aktiviti agar sentiasa terjaga.

 

  • Wajib membersihkan tempat perjumpaan/aktiviti selepas setiap perjumpaan.

 

  • Membahagikan tugas-tugas kebersihan kepada ahli-ahli dan bekerjasama untuk menentukan tempat aktiviti sentiasa kemas, bersih dan teratur.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

       Ketua Projek Hijau

 

  • Bertanggungjawab ke atas semua urusan/aktiviti/mesyuarat berkenaan dengan Projek Hijau.

 

  • Melengkapkan laporan migguan kawasan projek hijau (K6) dan laporan gotong-royong (2 kali setahun).

 

  • Menyedia dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti yang berkaitan dengan projek hijau jika perlu.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

      AJK Blog

  • Mengurus dan mengemaskinikan blog badan kokurikulum sekurang-kurangnya sekali sebulan.
  • Membuat pengumuman tentang aktiviti, pengutipan wang dan hal-hal lain yang berkenaan dengan badan kokurikulum dalam blog.

 

 

      AJK Fire Drill

  • Maklumkan kepada guru penasihat sebaik sahaja tarikh dan masa fire drill ditetapkan oleh PK2.

 

  • Meminjam dan memulangkanstop-watch sebelum dan selepas fire drill. Memastikan bilangan stop-watch yang di pulangkan adalah betul.

 

  • Memberi taklimat tentang fire drill kepada pelajar.

 

  • Membahagikan tugas dan memberi penerangan kepada ahli-ahli yang terlibat dalam fire drill.

 

  • Sediakan dua set laporan fire-drill (1 salinan untuk ketua guru penasihat, 1 salinan untuk PK1) setiap kali fire drill diadakan.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

 

      AJK Akademik

  • Bertanggungjawab untuk menghiasi papan kenyataan badan beruniform.

 

  • Memastikan papan kenyataan mempunyai senarai nama AJK, nama guru penasihat, rancangan aktiviti tahunan, maklumat berkenaan dengan kebombaan dan notis yang ditandatangan oleh guru penasihat (jika ada notis).

 

  • Menjalankan tugas- tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

      AJK Stok

  • Menyemak dan merekod stok.

 

  • Membantu dalam mengemaskini stok.

 

  • Memastikan stok sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

Wakil Tingkatan

  • Menjadi wakil ahli-ahli Tingkatan tertentu.

 

  • Membantu ahli jawatankuasa badan beruniform untuk mengutip kad hijau dan yuran.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.