KADET BOMBA & PENYELAMAT

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

N0. PENDAFTARAN U001/2011/SMJKPCPP

 

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) BADAN KOKURIKULUM

 

 

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

(a) Nama Badan Kokurikulum : Kadet Bomba,

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

 

(b) Alamat                   : SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

2, Jalan Gottlieb, 10350 George Town, Pulau Pinang.

 

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengimbangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

 

PERATURAN 3 OBJEKTIF

  • supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Kadet Bomba) dengan lebih terpimpin menimba ilmu pengetahuan perkhimatan kebombaan, dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

 

  • Ahli-ahli Kadet Bomba akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian atau latihan kecekapan yang diikutinya.

 

PERATURAN 4 KEAHLIAN

  • Dibuka kepada semua pelajar sekolah ini.

 

  • Ahli Kadet Bomba perlu mengisi Borang Pelepasan Tanggungjawab, Borang Perakuan Kesihatan dan Borang Kebenaran IbuBapa/ Penjaga.

 

  • Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan matlamat badan kokurikulum ini.

 

  • Ahli yang ingin menarik diri perlu menghantar surat tunjuk sebab yang disokong dan ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga. Ahli perlu mendapatkan nasihat daripada guru penasihat sebelum membuat keputusan untuk menarik diri daripada badan kokurikulum ini.

 

 

 

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT  

  • Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

 

  • Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan perlaksanaan

sesuatu aktiviti.

 

  • Guru penasihat yang bertugas hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

 

 

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA 

  • Dilantik semasa Mesyuarat Agung atau secara terus oleh guru penasihat.

 

  • Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.

 

  • Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

 

  • Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan perlu menghantar surat perletakan jawatan (nyatakan sebab) kepada guru penasihat. Surat perletakan jawatan tersebut perlu disokong dan ditandatangani oleh ibu bapa.

 

  • Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada:

(i)    Pengerusi

(ii)   Naib Pengerusi

(iii)  Naib Pengerusi Tingkatan Enam (bergantung kepada keperluan)

(iv)  Setiausaha

(v)   Penolong Setiausaha

(vi)  Bendahari

(vii)  Penolong Bendahari

(viii) Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

  • Ketua Disiplin
  • Ketua Kebersihan
  • Ketua Projek Hijau
  • AJK Blog
  • AJK Fire Drill
  • AJK Akademik
  • AJK Stok
  • Wakil Tingkatan

 

 

 

 

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

 

  • Pengerusi

 

  • Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

 

  • Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang

diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

 

  • Memastikan semua aktiviti & urusan Kadet Bomba berjalan dengan lancar.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa

ke semasa.

 

  • Naib Pengerusi

 

  • Membantu pengerusi  menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dalam badan kokurikulum.

 

  • Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

7.3 Naib Pengerusi Tingkatan 6

 

  • Bekerjasama dengan pengerusi dan naib pengerusi untuk menjayakan segala aktiviti yang dijalankan.

 

  • Khas untuk menguruskan isu atau masalah ahli Tingkatan Enam dalam aktiviti/perjumpaan yang dijalankan.

 

  • Bertanggungjawab mencatatkan kehadiran, pengutipan yuran, pengiraan markah kehadiran dan markah kokurikulum.

 

  • Sebagai ketua dalam sesi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Enam Rendah.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

7.4 Setiausaha

 

  • Bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal surat menyurat.

 

  • Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat.

 

  • Sediakan laporan aktiviti/pertandingan kokurikulum untuk dokumentasi LPPSK.

 

  • Mengambil gambar dalam perjumpaan/aktiviti untuk tujuan laporan LPPSK

 

  • Mencatatkan kehadiran ahli dan mengisi kad kokurikulum ahli.

 

  • Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan badan kokurikulum.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

7.5 Penolong Setiausaha

 

  • Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan

 

  • Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

 

  • Buat tempahan bilik/tempat, ambil kunci sebelum aktiviti/perjumpaan dan  pulangkan kunci selepas aktiviti dijalankan pada hari yang sama.

 

  • Isi maklumat tentang tarikh dan tempat perjumpaan/aktiviti di kaunter PKK sekurang-kurangnya tiga hari sebelum perjumpaan/aktiviti dijalankan.

 

  • Mencatatkan kehadiran ahli dan mengisi kad kokurikulum ahli.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

7.6 Bendahari

 

  • Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan badan kokurikulum.

 

  • Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

 

  • Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta

 

  • Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

 

  • Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

7.7 Penolong Bendahari

 

  • Bertanggungjawab ke atas urusan pengutipan wang.

 

  • Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

7.8 Ketua Disiplin

 

  • Menjaga disiplin ahli semasa perjumpaan/aktiviti dijalankan.

 

  • Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin badan kokurikulum kepada ahli-ahli.

 

  • Membuat catatan dan melaporkan kes-kes disiplin ahli seperti balik awal, melanggar peraturan pakaian badan kokurikulum dan sebagainya kepada guru penasihat.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

 

7.9  Ketua Kebersihan

 

  • Mengawasi kebersihan dan kecerian tempat perjumpaan/aktiviti agar sentiasa terjaga.

 

  • Wajib membersihkan tempat perjumpaan/aktiviti selepas setiap perjumpaan.

 

  • Membahagikan tugas-tugas kebersihan kepada ahli-ahli dan bekerjasama untuk menentukan tempat aktiviti sentiasa kemas, bersih dan teratur.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

7.10 Ketua Projek Hijau

 

  • Bertanggungjawab ke atas semua urusan/aktiviti/mesyuarat berkenaan dengan Projek Hijau.

 

  • Melengkapkan laporan migguan kawasan projek hijau (K6) dan laporan gotong-royong (2 kali setahun).

 

  • Menyedia dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti yang berkaitan dengan projek hijau jika perlu.
  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

7.11 AJK Blog

  • Mengurus dan mengemaskinikan blog badan kokurikulum sekurang-kurangnya sekali sebulan.
  • Membuat pengumuman tentang aktiviti, pengutipan wang dan hal-hal lain yang berkenaan dengan badan kokurikulum dalam blog.

 

 

7.12 AJK Fire Drill

  • Maklumkan kepada guru penasihat sebaik sahaja tarikh dan masa fire drill ditetapkan oleh PK2.

 

  • Meminjam dan memulangkanstop-watch sebelum dan selepas fire drill. Memastikan bilangan stop-watch yang di pulangkan adalah betul.

 

  • Memberi taklimat tentang fire drill kepada pelajar.

 

  • Membahagikan tugas dan memberi penerangan kepada ahli-ahli yang terlibat dalam fire drill.

 

  • Sediakan dua set laporan fire-drill (1 salinan untuk ketua guru penasihat, 1 salinan untuk PK1) setiap kali fire drill diadakan.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

 

7.13 AJK Akademik

  • Bertanggungjawab untuk menghiasi papan kenyataan badan beruniform.

 

  • Memastikan papan kenyataan mempunyai senarai nama AJK, nama guru penasihat, rancangan aktiviti tahunan, maklumat berkenaan dengan kebombaan dan notis yang ditandatangan oleh guru penasihat (jika ada notis).

 

  • Menjalankan tugas- tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

 

7.14 AJK Stok

  • Menyemak dan merekod stok.

 

  • Membantu dalam mengemaskini stok.

 

  • Memastikan stok sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

7.15 Wakil Tingkatan

  • Menjadi wakil ahli-ahli Tingkatan tertentu.

 

  • Membantu ahli jawatankuasa badan beruniform untuk mengutip kad hijau dan yuran.

 

  • Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

 

 

PERATURAN 8 KEWANGAN

  • Setiap ahli Kadet Bomba boleh dikenakan yuran semasa pendaftaran.

 

  • Badan Kokurikulum boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti atau pengutipan yuran daripada ahli jika mendapat kebenaran daripada guru penasihat.

 

  • Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

 

  • Semua pungutan atau penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua.

 

PERATURAN 9 KEHADIRAN/ PENYERTAAN

  • Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

 

  • Ahli yang gagal menghadiri perjumpaan/aktiviti badan kokurikulum perlu menghantar surat tunjuk sebab kepada guru penasihat.

 

  • Tindakan akan diambil oleh guru penasihat jika ahli tidak hadir perjumpaan/aktiviti sebanyak tiga kali berturut-turut.

 

  • Guru penasihat boleh mengambil tindakan disiplin atau memotong markah dimerit ahli badan kokurikulum yang gagal mengikuti peraturan dalam Perlembagaan.

 

 

PERATURAN 10 AKTIVITI

  • Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

 

  • Guru penasihat berhak membuat sebarang pindaan aktiviti yang telah dirancangkan.

 

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

  • Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

 

  • Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

 

  • Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

 

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

  • Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

 

  • Tindakan disiplin adalah mengikuti cara berikut:

(i)   Amaran lisan / bertulis

(ii)  Dendaan

(iii) Pemotongan markah dimerit

(iv) Lucutan jawatan

 

  • Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat badan kokurikulum secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah  muktamad.

 

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

  • Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

 

  • Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

 

  • Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

 

  • Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua.

 

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

  • Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan badan kokurikulum jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

 

  • Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

 

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

  • Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

 

  • Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
  • Perjumpaan/aktiviti yang disertai oleh ahli adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga.

 

  • Guru penasihat berhak untuk melucutkan jawatan mana-mana AJK yang tidak berupaya untuk menyempurnakan tugas dantanggungjawabnya.