KADET BOMBA & PENYELAMAT

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

N0. PENDAFTARAN U001/2018/SMJKPCPP

PERATURAN-PERATURAN (PERLEMBAGAAN) BADAN KOKURIKULUM

PERATURAN 1 NAMA DAN ALAMAT

(a) Nama Badan Kokurikulum : Kadet Bomba,

SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

(b) Alamat : SMJK PEREMPUAN CHINA PULAU PINANG

2, Jalan Gottlieb, 10350 George Town, Pulau Pinang.

PERATURAN 2 MATLAMAT

Memberi peluang kepada setiap pelajar untuk mengimbangkan potensi secara seimbang dan menyeluruh dalam aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.

PERATURAN 3 OBJEKTIF

supaya ahli dapat menganggotai Pasukan Pakaian Seragam (Kadet Bomba) dengan lebih terpimpin menimba ilmu pengetahuan perkhimatan kebombaan, dan memupuk semangat bertanggungjawab dan disiplin diri.

Ahli-ahli Kadet Bomba akan seberapa daya berusaha untuk mencapai tahap yang paling tinggi dalam aktiviti yang diceburi terutamanya melalui ujian atau latihan kecekapan yang diikutinya.

PERATURAN 4 KEAHLIAN

Dibuka kepada semua pelajar sekolah ini.

Ahli Kadet Bomba perlu mengisi Borang Pelepasan Tanggungjawab, Borang Perakuan Kesihatan dan Borang Kebenaran IbuBapa/ Penjaga.

Ahli-ahli mestilah menerima serta bersetuju berpegang kepada Perlembagaan dan akan mengambil bahagian dengan cergas bagi menjayakan matlamat badan kokurikulum ini.

Ahli yang ingin menarik diri perlu menghantar surat tunjuk sebab yang disokong dan ditandatangani oleh ibu bapa/penjaga. Ahli perlu mendapatkan nasihat daripada guru penasihat sebelum membuat keputusan untuk menarik diri daripada badan kokurikulum ini.

PERATURAN 5 GURU PENASIHAT

Guru penasihat adalah terdiri daripada guru sekolah ini.

Guru penasihat hendaklah memberi nasihat dalam perancangan dan perlaksanaan
sesuatu aktiviti.

Guru penasihat yang bertugas hendaklah sentiasa bersama dengan ahli-ahli semasa aktiviti dijalankan.

PERATURAN 6 AHLI JAWATANKUASA

Dilantik semasa Mesyuarat Agung atau secara terus oleh guru penasihat.

Ahli yang hadir layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa manakala ahli yang tidak dapat hadir tetapi menulis surat tunjuk sebab layak dicalonkan sebagai ahli jawatankuasa.

Ahli jawatankuasa kecil boleh dilantik oleh guru penasihat tanpa mengadakan mesyuarat.

Ahli jawatankuasa yang hendak meletakkan jawatan perlu menghantar surat perletakan jawatan (nyatakan sebab) kepada guru penasihat. Surat perletakan jawatan tersebut perlu disokong dan ditandatangani oleh ibu bapa.

Ahli Jawatankuasa Persatuan hendaklah terdiri daripada:
(i) Pengerusi

(ii) Naib Pengerusi

(iii) Naib Pengerusi Tingkatan Enam (bergantung kepada keperluan)

(iv) Setiausaha

(v) Penolong Setiausaha

(vi) Bendahari

(vii) Penolong Bendahari

(viii) Ahli Jawatankuasa (bilangan bergantung keperluan)

Ketua Disiplin
Ketua Kebersihan
Ketua Projek Hijau
AJK Blog
AJK Fire Drill
AJK Akademik
AJK Stok
Wakil Tingkatan

PERATURAN 7 TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAWATANKUASA

Pengerusi

Mempengerusikan semua mesyuarat dan bertanggungjawab atas kesempurnaan semua mesyuarat.

Meneliti catatan minit mesyuarat dan memastikan segala keputusan yang
diputuskan diambil tindakan yang sewajarnya.

Memastikan semua aktiviti & urusan Kadet Bomba berjalan dengan lancar.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa
ke semasa.

Naib Pengerusi

Membantu pengerusi menjalankan tugas dan tanggungjawab yang diberikan dalam badan kokurikulum.

Mempengerusikan mesyuarat semasa ketiadaan pengerusi.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

7.3 Naib Pengerusi Tingkatan 6

Bekerjasama dengan pengerusi dan naib pengerusi untuk menjayakan segala aktiviti yang dijalankan.

Khas untuk menguruskan isu atau masalah ahli Tingkatan Enam dalam aktiviti/perjumpaan yang dijalankan.

Bertanggungjawab mencatatkan kehadiran, pengutipan yuran, pengiraan markah kehadiran dan markah kokurikulum.

Sebagai ketua dalam sesi pendaftaran kokurikulum pelajar Tingkatan Enam Rendah.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

7.4 Setiausaha

Bertanggungjawab untuk menguruskan hal-hal surat menyurat.

Mencatat dan menandatangani minit mesyuarat.

Sediakan laporan aktiviti/pertandingan kokurikulum untuk dokumentasi LPPSK.

Mengambil gambar dalam perjumpaan/aktiviti untuk tujuan laporan LPPSK

Mencatatkan kehadiran ahli dan mengisi kad kokurikulum ahli.

Menyimpan dokumen yang berkaitan dengan badan kokurikulum.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

7.5 Penolong Setiausaha

Membantu setiausaha dalam menjalankan segala tugas dan

Menjalankan tugas setiausaha sewaktu ketiadaan setiausaha.

Buat tempahan bilik/tempat, ambil kunci sebelum aktiviti/perjumpaan dan pulangkan kunci selepas aktiviti dijalankan pada hari yang sama.

Isi maklumat tentang tarikh dan tempat perjumpaan/aktiviti di kaunter PKK sekurang-kurangnya tiga hari sebelum perjumpaan/aktiviti dijalankan.

Mencatatkan kehadiran ahli dan mengisi kad kokurikulum ahli.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.6 Bendahari

Bertanggungjawab berkenaan semua hal kewangan badan kokurikulum.

Membuat dan menyimpan kira-kira berkenaan semua perkara kewangan dan bertanggungjawab di atas kesahihannya.

Menyediakan Penyata Kira-Kira bulanan dan tahunan serta

Melaporkan kedudukan kewangan sekiranya diminta dalam mesyuarat ahli jawatankuasa.

Menyediakan Laporan Kewangan untuk diaudit dan dibentangkan dalam Mesyuarat Agung.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.
7.7 Penolong Bendahari

Bertanggungjawab ke atas urusan pengutipan wang.

Menjalankan tugas-tugas bendahari sewaktu ketiadaan bendahari.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

7.8 Ketua Disiplin

Menjaga disiplin ahli semasa perjumpaan/aktiviti dijalankan.

Memberi nasihat atau taklimat tentang disiplin badan kokurikulum kepada ahli-ahli.

Membuat catatan dan melaporkan kes-kes disiplin ahli seperti balik awal, melanggar peraturan pakaian badan kokurikulum dan sebagainya kepada guru penasihat.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

7.9 Ketua Kebersihan

Mengawasi kebersihan dan kecerian tempat perjumpaan/aktiviti agar sentiasa terjaga.

Wajib membersihkan tempat perjumpaan/aktiviti selepas setiap perjumpaan.

Membahagikan tugas-tugas kebersihan kepada ahli-ahli dan bekerjasama untuk menentukan tempat aktiviti sentiasa kemas, bersih dan teratur.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

7.10 Ketua Projek Hijau

Bertanggungjawab ke atas semua urusan/aktiviti/mesyuarat berkenaan dengan Projek Hijau.

Melengkapkan laporan migguan kawasan projek hijau (K6) dan laporan gotong-royong (2 kali setahun).

Menyedia dan melibatkan ahli-ahli dalam aktiviti yang berkaitan dengan projek hijau jika perlu.
Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

7.11 AJK Blog

Mengurus dan mengemaskinikan blog badan kokurikulum sekurang-kurangnya sekali sebulan.
Membuat pengumuman tentang aktiviti, pengutipan wang dan hal-hal lain yang berkenaan dengan badan kokurikulum dalam blog.

7.12 AJK Fire Drill

Maklumkan kepada guru penasihat sebaik sahaja tarikh dan masa fire drill ditetapkan oleh PK2.

Meminjam dan memulangkanstop-watch sebelum dan selepas fire drill. Memastikan bilangan stop-watch yang di pulangkan adalah betul.

Memberi taklimat tentang fire drill kepada pelajar.

Membahagikan tugas dan memberi penerangan kepada ahli-ahli yang terlibat dalam fire drill.

Sediakan dua set laporan fire-drill (1 salinan untuk ketua guru penasihat, 1 salinan untuk PK1) setiap kali fire drill diadakan.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

7.13 AJK Akademik

Bertanggungjawab untuk menghiasi papan kenyataan badan beruniform.

Memastikan papan kenyataan mempunyai senarai nama AJK, nama guru penasihat, rancangan aktiviti tahunan, maklumat berkenaan dengan kebombaan dan notis yang ditandatangan oleh guru penasihat (jika ada notis).

Menjalankan tugas- tugas lain yang diarahkan oleh Guru Penasihat dari masa ke semasa.

7.14 AJK Stok

Menyemak dan merekod stok.

Membantu dalam mengemaskini stok.

Memastikan stok sentiasa berada dalam keadaan yang baik.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

7.15 Wakil Tingkatan

Menjadi wakil ahli-ahli Tingkatan tertentu.

Membantu ahli jawatankuasa badan beruniform untuk mengutip kad hijau dan yuran.

Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh guru penasihat dari masa ke semasa.

PERATURAN 8 KEWANGAN

Setiap ahli Kadet Bomba boleh dikenakan yuran semasa pendaftaran.

Badan Kokurikulum boleh memperolehi kewangan melalui aktiviti atau pengutipan yuran daripada ahli jika mendapat kebenaran daripada guru penasihat.

Ahli-ahli yang bersetuju menyertai aktiviti yang memerlukan perbelanjaan besar boleh dikenakan derma khas bagi membiayai aktiviti tersebut.

Semua pungutan atau penyimpanan boleh dimasukkan ke dalam Akaun SUWA sekolah, sekiranya mendapat kebenaran Pengetua.

PERATURAN 9 KEHADIRAN/ PENYERTAAN

Ahli persatuan dikehendaki menghadiri semua aktiviti yang dijalankan oleh persatuan sepanjang tahun.

Ahli yang gagal menghadiri perjumpaan/aktiviti badan kokurikulum perlu menghantar surat tunjuk sebab kepada guru penasihat.

Tindakan akan diambil oleh guru penasihat jika ahli tidak hadir perjumpaan/aktiviti sebanyak tiga kali berturut-turut.

Guru penasihat boleh mengambil tindakan disiplin atau memotong markah dimerit ahli badan kokurikulum yang gagal mengikuti peraturan dalam Perlembagaan.

PERATURAN 10 AKTIVITI

Dijalankan seperti yang dirancang dalam mesyuarat agung atau mesyuarat ahli jawatankuasa.

Guru penasihat berhak membuat sebarang pindaan aktiviti yang telah dirancangkan.

PERATURAN 11 PERATURAN-PERATURAN

Peraturan sekolah adalah menjadi peraturan asas.

Peraturan khas yang ditetapkan hendaklah dipatuhi oleh semua ahli.

Ahli-ahli yang melanggar peraturan akan dikenakan tindakan tatatertib.

PERATURAN 12 TINDAKAN DISIPLIN

Diambil terhadap ahli yang melanggar perlembagaan persatuan dan tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Tindakan disiplin adalah mengikuti cara berikut:
(i) Amaran lisan / bertulis

(ii) Dendaan

(iii) Pemotongan markah dimerit

(iv) Lucutan jawatan

Ahli yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang diambil boleh membuat rayuan kepada guru penasihat badan kokurikulum secara bertulis dan keputusan guru penasihat adalah muktamad.

PERATURAN 13 PINDAAN PERLEMBAGAAN

Mana-mana bahagian dalam perlembagaan ini sah sehingga ia dipinda.

Cadangan pindaan perlembagaan boleh dibuat oleh ahli, ahli jawatankuasa, guru penasihat atau pentadbir sekolah secara bertulis.

Satu mesyuarat khas yang dihadiri oleh guru penasihat dan ahli jawatankuasa akan membincangkan cadangan tersebut dan meluluskannya jika perlu.

Setiap pindaan yang telah diluluskan hendaklah dipamerkan dan disahkan oleh Pengetua.

PERATURAN 14 PEMBUBARAN PERSATUAN

Pengetua diberi kuasa untuk membubarkan badan kokurikulum jika didapati melanggar perlembagaan dan Falsafah Pendidikan Negara.

Segala hutang wajib dijelaskan. Baki kewangan diputuskan dalam Mesyuarat Agung Tergempar.

PERATURAN 15 HAL-HAL LAIN

Setiap ahli perlu mengetahui tanggungjawab sendiri terhadap aktiviti yang dijalankan.

Ahli-ahli hendaklah sentiasa peka dan mengikuti aktiviti dengan penuh minat.
Perjumpaan/aktiviti yang disertai oleh ahli adalah di bawah tanggungjawab sendiri dan perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa/penjaga.

Guru penasihat berhak untuk melucutkan jawatan mana-mana AJK yang tidak berupaya untuk menyempurnakan tugas dantanggungjawabnya.